“USAHA
MENELUSURI NENEK MOYANG”
Asal Usul
Dusun Talantang
MENGKAJI asal usul suatu suku
bangsa bukanlah satu pekerjaan yang mudah, ianya memerlukan usaha keras,
kerjasama dari semua pihak dan memakan masa yang lama meneliti dokumen atau
bahan bukti peninggalan bahkan sampai kepada usaha cari gali.
Apa pun usaha itu, ianya
merupakan satu usaha murni yang patut diteruskan khususnya dalam konteks
menelusuri nenek moyang dan Sakag Talantang.
Usaha murni ini bukan hanya
sekadar membuat kita tahu tentang siapakah saudara mara kita, tetapi juga akan
membawa kepada satu tahap pemikiran bahawa Sakag Talantang perlu timbul
dipermukaan dunia dan membawa suku ini di tengah-tengah pentas dunia.
Oleh itu, pada masa akan datang
dicadangkan supaya kita memikirkan untuk membentuk satu organisasi berdaftar
dengan nama “Persatuan Sakag Talantang Malaysia”.
Asal Usul
Suku Kaum Dusun
Tidak ada sesiapa pun yang telah
membuktikan secara kukuh tentang asal usul orang Dusun, namun terdapat beberapa
pengkaji Sains Sosial dan Antropologi yang turut disokong oleh para
arkeologidengan mencadangkan beberapa teori tentang asal usul suku kaum Dusun.
Pengkaji Antropologi manusia
melaporkan bahawa, bukti pertama kehadiran manusia di Borneo berkait rapat
dengan tengkorak manusia yang berusia kira-kira 35,000 tahun dahulu yang
ditemui di Guah Niah, Sarawak.
Manusia awal yang ditemui di Gua
Niah itu dikenali sebagai Niahian Man dan wajahnya mirip orang dayak yang
terdapat di Sarawak pada masa kini.
Berdasarkan penemuan arkeologi
ini, terdapat ahli antripologi manusia yang mengandaikan bahawa besar
kemungkinan Gua Madai yang terletak di negeri Sabah telah dijadikan tempat
perlindungan untuk pemburu awal di rantau ini.
Berhubung /
Berkait Rapat Dengan Suku Kaum Dusun Talantang
Bangsa Kadazan Dusun di Nunuk
Ragang pada permulaan adalah dari keturunan yang sama namun perkahwinan campur
telah menciptakan kepelbagaian sub suku kaum Kadazan Dusun pada waktu itu dan
antara sub suku kaum Kadazan Dusun adalah Talantang. Pada waktu ketua kaum Kadazan Dusun di Nunuk Ragang
memerintahkan pahlawan-pahlawannya menggembara untuk mencari tempat baharu di
seluruh pelusuk negeri Sabah, pahlawan dari suku kaum Sakag (bangsa) Talantang
juga turut serta menggembara.
Menurut lagenda, suku kaum Dusun
Talantang dibawah pokok Nunuk Ragang tetapi mereka membina rumah-rumah di bawah
sejenis pokok yang diberi nama pokok Talantang dan nama pokok itulah suku kaum
ini mendapat nama manakala lokasinya agak jauh dari pokok Nunuk Ragang dan
apabila telah menjumpai tempat yang difikirkan sesuai maka mereka kembali dan
kemudian membawa suku kaumnya berhijrah dan terpisah. Suku kaum Sakag Talantang
pada ketika itu terpisah menjadi dua kumpulan, satu kumpulan orang Talantang
berjalan dengan lebih cepat dan meninggalkan kumpulan yang lain.
Kumpulan terdahulu itu tiba di
persimpangan Sungai Liwogu dan Sungai Gelibang, kumpulan tersebut kemudiannya
menyusuri Sungai Liwogu dan menuju ke pergunungan Trusmadi. Sementara kumpulan
yang kedua yang terkemudian telah tersesat arah dan mengikut Sungai Gelibang
menuju ke arah Timur iaitu di sebelah Gunung Mantapuk bersebelahan dengan
Gunung Sowion dan dari Gunung Sowion ada sebatang sungai yang menuju ke arah
Kawiyan iaitu Sungai sowion.
Di Gunung Mantapuk ada sebatang
sungai yang dikenali sebagai Sungai Tinumbukon. Sungai tersebut bercantum
dengan Sungai Sowion dan sungai-sungai ini sangat penting sebagai laluan
penghijraan sebab pada ketika itu penempatan awal biasanya ditemui di tepi-tepi
sungai. Kumpulan yang telah sampai ke Trusmadi telah membina rumah-rumah di
suatu tempat yang mereka fikir sesuai untuk berladang dan mereka tinggal di
situ sehingga berpuluhan tahun malah mungkin mencapai ratusan tahun dan mereka
ini dikenali sebagai orang Talantang Trusmadi.
Setelah sekian lama, sebahagian
daripada mereka berhijrah ke Tambunan dan Keningau. Disana mereka membentuk
beberapa buah kampung yang wujud sampai sekarang antaranya Kampung Solibog,
Nambayan, Kampung Daar, Pupulutan dan Kampung Kiawayan. Selain daripada itu
para penjual daging babi hutan panggang atau dalam bahasa tempatan “Sinalau
Bakas” dipersimpangan Rompon juga adalah orang Talantang dari Daerah Ranau
iaitu dari Kampung Kodop, Paus, Kampung Rinangkatan, Nimbalai, Tinanom, Pudau
dan Kampung Tubau.
Dibahagian Keningau dipercayai
orang-orang di Kampung Kitou serta Bunga Raya adalah orang Talantang Trusmadi.
Menurut pengkaji sejarah, Orang
Dusun Talantang di Kitou sudah tidak pandai berbahasa Dusun Talantang Malah
hampir semua orang Talantang yang berhijrah ke Tambunan dan Keningau sudah
tidak tahu berbahasa Dusun Talantang sebaliknya mereka menggunakan bahasa
Liawan dan mereka ini juga tidak mengaku sebagai orang Dusun Talantang
melainkan mereka mengaku sebagai orang Dusun Liawan.
Kumpulan kedua yang telah
tersesat arah akhirnya telah membina rumah-rumah dipergunungan Sowion dan
menamakan kampung mereka sebagai Kampung Kawiyan dan disinilah mereka telah
berkembang sehingga sekarang 100 peratus penduduk adalah Dusun Talantang dan
oleh kerana itu mereka mereka memutuskan untuk menetap disana sehingga mereka
mewujudkan Kampung Kilanas, Paka dan Kampung Patau Bungug.
Terdapat pula cerita yang
menyatakan bahawa, suatu ketika dahulu pernah ada penempatan orang Dusun
Talantang di Nalapak Ranau, tetapi mereka telah meninggalkan tempat itu setelah
menikat sumpah dengan orang Nalapak.
Intipati sumpah tersebut adalah,
orang Dusun Talantang tidak diizinkan kembali ke Nalapak walau dengan apa
tujuan sekali pun. Sebagai tanda sumpah tersebut, orang Dusun Talantang telah
menanam tempayan, gong dan harta lain ditepi Sungai Morili di Kampung Nalapak
dan mereka kemudiannya menyusuri Sungai Morili dengan menggunakan rakit
sehingga jejak kaki mereka tidak dapat dikesan dan diketahui ke mana perjalanan
mereka berakhir.
Dusun Talantang dari Kawiyan ke Kota Marudu
Lagenda ini dipercayai bahawa
penghijrahan Dusun Talantang Sugud ke Kota Marudu telah berlaku sejak sebelum
zaman penjajahan Belanda. Penghijrahan itu terus berlangsung sehinggalah pada
zaman penjajahan Jepun dan British malah setelah Sabah merdeka pun penghijrahan
masih berlaku.
Namun ada pendapat menyatakan,
sekitar tahun 1800 sekumpulan orang Talantang telah meninggalkan Kawiyan Sugud
dan mencari tempat baharu iaitu tempat yang sesuai untuk bertani atau
berladang.
Tidak dapat dikenal pasti nama
semua tempat yang pernah mereka tinggal tetapi menurut cerita yang diwarisi
dari nenek moyang mereka bahawa orang Dusun Talantang pernah tinggal di Nasakot
Ranau selama beberapa tahun sebelum mereka berpindah lagi ke Togibang.
Kampung
Talantang Di Kota Marudu
Pengenalan Dusun Talantang yang
masih kekal di Kota Marudu sehingga kini ialah Kampung Talantang Satu dan
Kampung Talantang Dua yang majoritinya dihuni oleh suku kaum Dusun Talantang
sendiri.
Setiap tahun, penduduk di Kampung
Talantang 1 dan 2 ini akan mengadakan sambutan Pesta Menuai atau lebih dikenali
sebagai Pesta Kaamatan yang untuk meraihkan Hari Penuaian Padi disamping
mengeratkan hubungan persaudaraan dikalangan penduduk Kampung Talantang itu
sendiri. Tidak juga ketinggalan suku kaum yang lain di Kota Marudu untuk
menyambut Pesta menuai ini bagi tujuan yang sama di Kampung masing-masing.
Setiap kali sambutan Pesta Menuai
ini dirayakan, acara rasmi yang menjadi lambang kepada Pesta Menuai ini ialah Unduk
Ngadau atau dalam bahasa Melayunya iaitu Ratu Cantik. Pertandingan ini
mewajibkan semua peserta (anak dara yang berusia 15 tahun ke atas) memperkenalkan diri dalam bahsa Dusun serta
memakai pakaian tradisi, mengenakan make-up dan juga menyanggul rambut seperti
Gong untuk memperagakan diri dalam pertandingan tersebut.
Aktiviti kedua yang menjadi
lambang kepada Pesta Menuai ini ialah Sugandoi atau dalam bahasa Melayunya
iaitu Pertandingan Menyanyi. Pertandingan ini juga mewajibkan semua peserta
memperkenalkan diri dalam bahasa Dusun, memakai pakaian tradisi dan juga
menyanyikan lagu dalam bahasa Dusun sahaja. Perayaan Pesta Menuai tidak akan
lengkap tanpa kedua-dua acara rasmi ini.
Manakala Tarian Persembahan yang
wajib diadakan dalam Pesta Menuai ini
ialah Tarian Mongiluk yang juga disebut Mangandak sebagai “Tarian Sambut
Tetamu” yang diiringi dengan paluan alat muzik tradisional iaitu “Kulintangan”.
Selain itu, aktiviti sampingan
yang menjadi penyeri kepada Pesta Menuai ini ialah aktiviti padang seperti
tarik tali, bola sepak, lumba karung (lumba lari dalam karung), pertandingan
memasak masakan tradisi Kaum Dusun Talantang dan beberapa sukan rakyat yang
lain.
ASAL USUL DUSUN TALANTANG Dipetik dari Rencana_Utusan Borneo, Ditulis semula oleh Elsi Majinah, (Sukod Wagu Mantad Talantang 2)
Ngam.....kada olingai muli kampung ong waro pitimungan koimbagu k.....hehehe
ReplyDeleteWakakakak...orite barait. Mongoi noh gia ti waro no pitimungan koimbagu.
DeleteLiwan bukan Liawan
ReplyDeleteTerrrtypo la kali tu. kounsikou tompinai (Y)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMemang benar Semua Dusun Talantang Trusmadi yang Berhijrah ke Tambunan dan Keningau Kini Mengaku sebagai Dusun Liwan dan Berbahasa Liwan...mreka sudah tidak lagi tahu berbahasa Talantang dan tidak mgaku sebagai orang talantang
ReplyDeleteterima kasih atas respon anda...kenyataan ini bukanlah sepenuhnya dari pengetahuan saya melainkan dipetik dan ditulis semula dari rencana utusan borneo.
DeleteBetul kh mereka itu Talantang? Atau cuma satu dua saja yg Talantang tapi seluruh Kampung dipanggil Talantang? Sbb di Keningau skg pun mana ada lagi yg monoton satu suku dia punya Kampung, campur2 sudah.
DeleteBetul kh mereka itu Talantang? Atau cuma satu dua saja yg Talantang tapi seluruh Kampung dipanggil Talantang? Sbb di Keningau skg pun mana ada lagi yg monoton satu suku dia punya Kampung, campur2 sudah.
DeleteDeplee Lee..apa sebab Dusun Talantang Trusmadi yg berhijrah ke Tambunan n keningau tidak lagi mengunakan bahasa Talantang mala tidak mengaku orang Talantang?
ReplyDeletekemungkinan mereka sudah terbiasa menggunakan bahasa pertuturan yang sedia ada di Tambunan dan Keningau sehinggalah diturunkan kepada cucu cicit mereka.
DeleteDeplee Lee..apa sebab Dusun Talantang Trusmadi yg berhijrah ke Tambunan n keningau tidak lagi mengunakan bahasa Talantang mala tidak mengaku orang Talantang?
ReplyDeleteSy pun tdk tahu knapa pula (lupa btanya)... Sbb ada bbrapa kampung yg dinyatkn diatas sy ada menemu bual org sana2 Dialek mreka bukan lg Dialek talantang dn apabila saya tnya mreka Dusun apa? Maka mreka kata mereka Dusun Liwan...
DeleteHai elsie,
ReplyDeleteMau tanya, Dusun Talantang itu samakah dengan Dusun Tagaro/Garo?
Mohon pencerahan. Pounsikou.
Hai Tompinai Minah, siou baru nampak ni komen ko.
DeleteDusun Talantang dan Dusun Tagaro/Garo memang berbeza dari segi logat dan pengertian dlm penggunaan sesuatu ayat.
cthnya: 1. Ada (Melayu)
Waro (Dusun Talantang)
Haro (Dusun Garo)
Logat orang dusun talantang kedengaran lantang dan kasar berbanding dengan dusun garo.
Sy perimus Saidin berasal dari kg giring ulu Sugut Ranau...sy ingin berkongsi sedikit tentang suku kaum talantang.sy ingin brtnya kaum talantng seblh Ranau dn kota Merudu ada kh sama logat atau berbeza
DeleteSy perimus Saidin berasal dari kg giring ulu Sugut Ranau...sy ingin berkongsi sedikit tentang suku kaum talantang.sy ingin brtnya kaum talantng seblh Ranau dn kota Merudu ada kh sama logat atau berbeza
DeleteTidak sama lagi.. Ini disebabkan, adanya pengaruh bahasa daerah yang secara perlahan-lahan mengubah dan malah telah mewujudkan logat dusun talantang yang sangat berbeza (khususnya di Kota Marudu).
DeleteSaya Dusun Talantang dari Kampung Satu, Kota Marudu.
saya pula dr kg.Talantang kiulu..tapi nenek moyang berasal dari ranau...
ReplyDeleteHihi..klu nda silap saya nabawan kaa tambunan pun ada juga nama kg. Talantang.
DeleteSlmt ptng sis Elsie..buli add sya ka dlm grup ini..punsikou
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteElsie Meiji tiada Nama Kg Talantang d Tambunan..
ReplyDeleteMungkin d nabawan laitu tompinai yg ada nama kampung talantang.
ReplyDeleteMungkin d nabawan laitu tompinai yg ada nama kampung talantang.
ReplyDeleteSaya berminat tahu sedikit mengenai suku Talantang ini. Siapa Pengerusi Persatuan Talantang. Boleh saya kenal? Henrynus Amin 013 880 5808.
ReplyDeleteSya dusun talantang ori mantad kg.ksingaran ranau..ibubapa sya adalh dusun talantang asli dari suku kaum dusun talantang
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTuan Henrynus Amin. Persatuan itu masih dalam proses pendaftaran. Penajanya berubah-ubah.
DeleteDusun Liawan. Hehe. Tak ada Talantang di Keningau, saja terlampau diperbesar-besarkan oleh sesetengh pihak. Di Keningau, Dusun yg recently datang kebanyakan Dusun Liwan, Bundu dan Tagahas n bercampur baur dgn orang-orang Kwijau dan Gana serta Murut Nabai.
ReplyDeleteada bos. D kg Bunga Raya,Luanti,sma Bariawa. tapi lohgat d luanti sama beriawa tda mcm d Bunga raya..hehe
DeleteLohgat ori dusun talantang dari kg.kilanas..kg.kaingaran..kg patau dn kg di sekitarnya..
Delete😊😊😊
DeleteCuba bagi ayat2 logat dari dusun talantang dari daerah yag disebut tu? Ada persamaan lagi ka nda
DeleteMana ada Dusun Liawan. Dusun Liwan ada la.
ReplyDeletedusun liwan laitu. typo kali
DeleteBlogs yg terbaik.. Good job
ReplyDeletePernah mereka buat meeting di daerah ranau bagi membentuk ahli jawatankuasa.tujuan pertemuan mereka ialah utk membincangkan ke arah masa dpn etnik dusun talantang .sya kagum dgn semua pihak yg terlibat kerana menjayakan program ni.
ReplyDeleteharap-harap ini dusun talantang tidak tenggelam ditelan zaman. Kalau anak-anak muda yang lahir 90an dan kebawah rata-rata semuanya memang fasih berbahasa talantang kota marudu di kampung kami.
DeleteSaya antara yg hadir dalam meeting itu.
DeleteThank you for this writing. Sekarang saya benar2 faham asal-usul sebenar ibu tercinta saya yang berketurunan Dusun Talantang dari Kg. Magkapoh, Ranau. Ponsikou kio Elsie. Proud to be mixed Dusun Tinagas & Talantang.
ReplyDeleteMiagal nopo tompinai,
DeleteSemua tepat dan ngam tu kajian kamu wahai saudara Elsie Meijie,ada juga orang talantang mengaku Liwan haha lucu,tpi sy tdk malu mengaku talantang,sebab dalam masyarakat Liwan,talantang ni digelar anak dan Liwan ni digelar bapa,sangat erat hubungan dua suku ini,klu ada masa pg lah bercerita dengan orang Tua tua di kg Rompon tambunan atau di kg Bunga Raya Keningau,itu cerita dusun talantang sebelah sini,klu tempat lain tu,lain cerita perjalanan,klu cerita pahlawan talantang pun banyak tu,ko terkejut mungkin pahlawan terkuat dari tentera Liwan adalah dari suku talantang,itu sebab kenapa orang Liwan suka dan sayang suku talantang ini,.. .
DeleteTapi kan dusun talantang kota Marudu banyak pakai uruf V dan L mcm ada pengaruh bahasa Rungus
DeleteKopisanangan tobpinai Elsie.
ReplyDeleteOnuai oku daa gambar baju tradisional dusun talantang
Arwah mama saya berbangsa Dusun Talantang. Kampung Magkapoh Ranau tempat asalnya sebelum arwah bapa yang merupakan Dusun Tinagas membawa arwah mama berhijrah ke Sandakan sekitar awal 70-an dulu. Kecuali abang no 1, kami yg 5 lgi semua lahir dan menetap di Sandakan.
ReplyDeleteMilo oku sabat mimboros Dusun nga aah noh alancar kopio. Nokuli oku insan silo Kg Molinsou inirakan oku it topinaiku silo sebab aah nelulus ti dusunku 😂😂😂
Satu Cara Kita mahu melihat suku tersebut ada ada talian persaudaraan atau talian suku, Kita boleh dengar melalui cara paluan gong. Kalau di tempat saya (Kg Minawo Keningau) paluan gong sama dengan daerah Tambunan seperti Kg Kirokot Tbn, sama dengan paluan Kg Tombotuon Tambunan. Ertinya budaya mereka tetap mereka bawa ke Mana pun mereka pergi. Logat atau bahasa mereka mungkin boleh berubah, tetapi budaya dan Cara hidup masih sama. Dari dulu lagi, nenek moyang saya selalu berkata. "Yaton nopo time nga tulun do Liwan. Igitan tokou noh tii koubasanan sogigisom. Kada tokou noh tagako" terjemahan .."Kita ini orang Liwan, peganglah tradisi kita selamanya. Jangan Kita lupa". Kenapa saya buat kenyataan demikian? Baru-baru ini, ada kawan bgi tau, saya bukan Dusun Liwan tetapi keturunan Dusun Talantang. Asal usul beliau lelaki dari Kg Kirokot Tambunan. Ibu asal dari Kg Pantai Tambunan. Apa kata admin? Saya ini dusun Talantang atau dusun Liwan?
ReplyDeleteYaton tu Daton kalau kami dusun talantang dari ranau ..
DeleteSamalah...kami di Talantang 2 pun guna Daton (kita punya).
DeleteTyping error:
ReplyDelete(Baris ke 15) Yaton nopo tii..
Bukan "time"
Lebih kurang juga bahasa dusun talantang kota marudu, beza dia kami tidak guna ayat yaton. Susah juga mau ckp kamu dusun talantang atau liwan sebab dlm kalangan dusun talantang kota marudu ada yg biasa guna ayat tagako dan untuk kampung saya pula kwsn kampung talantang 2 kota marudu, kami lebih biasa menggunakan ayat "tatako" yang bermaksud "lupa." Memandangkan kami lahir dikampung talantang jadi kami lebih selesa menggelar diri kami sebagai jati diri dusun talantang. ��
ReplyDeleteMaksud tatako kalo dusun talantang ranau nopo nga ," kasi jatuh " .. kalau tagako tu "lupa"..
DeleteYa...samalah. "tatako" tu sebenarnya maksud dia kasi jatuh. Bila sya baca balik tu komen sya..sya sendiri pun hairan tiba2 sya buat penjelasan yang tidak betul. 🤣🤣🤣 Hahahaha.
DeleteYa...samalah. "tatako" tu sebenarnya maksud dia kasi jatuh. Bila sya baca balik tu komen sya..sya sendiri pun hairan tiba2 sya buat penjelasan yang tidak betul. 🤣🤣🤣 Hahahaha.
DeleteHello admin. Saya anak Campuran tinagas dan talantang. Saya pernah practical mengajar di sk.talantang km pada tahun 1996 selama 6 bulan. Saya mendapati bahawa ada sedikit persamaan istilah antara talantang kawasan kaingaran di Ranau dengan Talantang KM. Perbezaan kerana adalah dari segi loghat. Ada pengaruh suku2 lain yang berdekatan. Di kampung kaingaran Ranau sendiri pun loghat dan istilah sudah di pengaruh oleh bahasa tinagas dan sungai. Saya berpendapat bahawa penutur jati dengan loghat dan istilah masih asli adalah penduduk kampung sepanjang sungai kaingaran spt Papuan, pantau, giring, kawiyan, manikulau, naki, dan paka. Semua penduduk kampung tersebut adalah berbahasa talantang. Tambahan pula mereka jarak kampung mereka dengan kampung yang didiami orang sungai dan tinagas adalah jauh. Jadi perkara itu sedikit sebanyak boleh menghalang pengaruh bahasa dari luar khususnya golongan yang sdh berumur
ReplyDeleteBetul , apa kau cakap tu kami pula dari saja patau memang masih ori dusun talantang bah....
DeleteI found this video of a male playing the guitar in the video
ReplyDeleteWatch this video: In the '90s, a female musician youtube video to mp3 converter playing the guitar in the video above is playing in an arena in the background.
Play Slots Mobile at JTG Hub
ReplyDeleteYou'll find over 200 online slots and casino games like blackjack, poker 서산 출장안마 and roulette. Play on 통영 출장마사지 mobile 김해 출장마사지 for real 서산 출장샵 money now. It's free and 청주 출장샵 secure.